Layanzzz...')

Wednesday 19 February 2014

AWAS DENGAN PRODUK SHAKLEE!

KEBURUKAN PRODUK SHAKLEE YANG KITA PERLU TAHU.

1. Shaklee Tiada Kilang Di Malaysia

Shaklee memang tiada kilang di Malaysia. Kilang Shaklee hanya ada di negara luar sahaja, terutamanya di US. Kenapa ye?? Mudah sungguh jawapannya. Sebab Shaklee hendak mengawal kualiti semua produk mereka. Jadi, pengeluaran produk Shaklee memang memerlukan tapisan dan kawalan yang ketat.

2. Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM

HHmmm… Isu ini sedang hangat diperdebatkan. Sebagai umat Islam sememangnya kita takut hendak mengambil produk yang tidak halal. Cara untuk kita tahu sama ada produk itu halal atau tidak. Kita tengok logo halal yang ada pada produk tersebut. Di Malaysia, badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk adalah JAKIM. Malangnya, Shaklee tiada sijil halal JAKIM. TETAPI Shaklee ada sijil halal dari ISA.

Apa itu ISA? ISA adalah badan yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA pula sudah direkodkan oleh JAKIM sebagai salah satu badan luar negara yang diiktiraf status halalnya di  Malaysia. Maka, JAKIM tidak perlu meletakkan lagi logo halal JAKIM pada produk Shaklee. Lagi pun ISA nie keluarkan sijil halal ni setiap tahun.

Keburukan Produk Shaklee Yang Kita Perlu Tahu

3. Produk Shaklee Mahal Sangat

Ana sudah menjual kepada ramai pengguna. Ramai yang bising dan membandingkan harga produk Shaklee yang MAHAL dengan produk vitamin lain. Sebenarnya, mereka tidak tahu bahawa, produk Shaklee yang MAHAL nie boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Malah ada yang tahan sehingga 6 bulan lamanya. Jadi, jika difikirkan semula… harga produk Shaklee sebenarnya jauh lebih murah dari vitamin jenama lain jika di bahagikan mengikut bulan. Contohnya, Vitamin C Shaklee berharga RM92.50 sebotol dengan bilangan tablet sebanyak 180 biji. Jika kita mengambil sebiji sehari tanpa terskip pengambilannya, boleh tahan untuk 6 bulan… Maka, sebulan kita hanya membelanjakan sebanyak RM15.50 untuk Vitamin C Shaklee. Bukan ke murah sangat-sangat dah tu…

4. Produk Shaklee Susah Nak Dibeli

Selalu Ana dengar orang mengeluh kerana produk Shaklee nie susah sungguh nak beli… Di Farmasi tak jual pun… Apatah lagi di TESCO, GIANT, WATSON dan sebagainya. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee adalah produk kesihatan yang eksklusif. Shaklee tidak perlu dipromosi seperti barangan jenama COLGATE, Shukubutsu dan sebagainya. Kerana produk Shaklee sememangnya sudah kukuh asasnya dan telah terbukti keberkesanannya dengan pelbagai ujian kualiti dan banyak yang telah dipatenkan.

5. Produk Shaklee Cepat Habis Stok

Sekarang nie memang sedang fenomena Shaklee di mana-mana sahaja. Produk Shaklee memang macam goreng pisang panas. Memang stok Shaklee asyik habis je… Susah sungguh nak maintain makan Shaklee nie. Nak continue produk je, habis… hhhmmm… Hebat sungguhlah Shaklee nie… Ramai yang percaya.

6. Produk Shaklee Tak Elok Dari Segi Bau Dan Warna

Kalau bau tak best ada pada B Complex Shaklee. Memang baunya agak kuat.. lagi lagilah kalau kita letakkan di suhu bilik.. Memang berbau satu bilik tau… Lagi satu produk Shaklee yang bau tak berapa nak wangi nie adalah Nutriwhite. Jika dibandingkan dengan pencuci muka lain memang Nutriwhite ni kalahlah… hehe…
Lagi satu, warna yang tak menarik… tak warna warni pun… kenapa ye?? Sebabnya, Shaklee hendak mengekalkan semua produknya adalah semulajadi… So, tak delah tambahan pewarna dan pewangi lain… semuanya, bahan semulajadi. Tiada bahan kimia ye…

7. Produk Shaklee Tak Tahan Panas

Memang ada produk Shaklee yang tak tahan panas. Terutamanya, yang dalam bentuk kapsul seperti omega guard, gla, lecithin dan vit e. B complex pun sama. Sebab apa jadi macam tu?? Sebab produk Shaklee nie tiada bahan pengawet dan bahan kimia… Semuanya semulajadi… So, seelok eloknya, jangan lah dedahkan vitamin Shaklee korang tu kat tengah panas macam dalam kereta yang berjemur ke… Nanti habis lah segala zat dan nutrient dalam nya musnah...

8. Produk Shaklee Bukan Vitamin Sintetik

Pernah tak nampak di dalam botol botol yang ada gel silica… Apa fungsi gel silica nie ye??? Gel nie berfungsi untuk menyerap kelembapan… Vitamin yang ada gel silica di dalam botolnya, bermaksud vitamin itu adalah vitamin sintetik… Tapi dalam botol produk Shaklee memang tiada gel silica nie… Sebabnya, semua produk Shaklee adalah dari badan semulajadi yang natural… bukan sintetik… Jadi, mana yang lebih baik, SEMULAJADI atau pun SINTETIK… fikirkanlah…

Keburukan Produk Shaklee Yang Kita Perlu Tahu

9. Produk Shaklee Lama Nak Habis

Ana dah bagi contoh di atas tadi… contoh tentang Vit C yang ada 180 biji yang tahan untuk 6 bulan.   Zinc complex dan Vitalea yang ada 120 biji yang boleh tahan sehingga 4 bulan… lama sungguh… jadi, kalau rasa nak cepat habis vitamin tu… silalah kongsi dengan ahli keluarga kita, confirm habis cepat… hehe…

10.   Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan

Semasa awal pengambilan vitamin Shaklee mesti ramai yang ada kesan sampingan. Ada yang rasa lemah badan, rasa lenguh badan, rasa panas badan dan loya muntah… Sebabnya, badan kita nie nak mengubah corak pemakanan… yelah, kalau sebelum nie kita makan macam macam… tak kisah pun sama ada ia banyak kolestrol dan kandungan gula… lepas ambik vitamin Shaklee, kita sebenarnya sedang membiasakan diri dengan vitamin tersebut… vitamin tu sedang menyahtosinkan semua badan yang tak perlu dalam badan kita nie… sebab tu kira merasa kesan sampingan nie…. Dan sebenarnya kesan sampingan nie adalah krisis pemulihan badan kita sendiri… tetapi, ramai yang tidak tahu… huhu…

11.   Shaklee Tak Perlukan Duta Produk

Banyak sungguh jenama produk yang membayar artis-artis terkenal dan orang penting untuk menjadi wakil produk mereka. Tetapi Shaklee tidak pun. Kenapa ye??? Sebabnya, Shaklee memang mahukan mereka yang biasa biasa ini untuk berkongsi kehebatan Shaklee. Lagipun, Shaklee sememangnya sudah kukuh dan dan semulajadi selamat, berkesan dan terbukti selama lebih 50 tahun lagi...

:) itu aje : credit pada rakan SID juga.

Wednesday 12 February 2014

7 Kesilapan diet paling besar

7 Kesilapan Diet Paling Besar
By Kevin Zahri

1. Skip Hidangan
Jangan Skip Mana-mana hidangan.Lagi-lagi sarapan pagi kerana sarapan pagi tu penting untuk mencetus metabolisme harian anda.Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan.

2.Cuma makan 3 hidangan sehari
3 hidangan TAK cukup untuk:
     -��Mengawal nafsu makan
     - Tingkatkan metabolism
Paling kurang makan 5x sehari.
(Kawal keperluan kalori)

3. Makan tak cukup
Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan bukan sahaja melaparkan diri dan rugi pembakaran kalori. Jika keperluan kalori anda 2000kalori sehari,paling kurang makan dalam 1200 kalori.yg penting makan kerap untuk kawal nafsu makan.

4. Elak nasi
Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik.Yes mmg boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats,biah atau roti pun bolehenggemukkan kalau berlebihan.Nak makan nasi jangan lebih dari segenggam tangan untjk satu hidangan

5. Harapkan makanan tambahan
Jangan bergantung kpd produk-produk tersebut.Pastikan diet keseluruhan yang baik,kehidupan yang cergas dan gabungan dengan makanan tambahan.Barulah berkesan.

6. Tak tahu keperluan kalori diri sendiri
Mac mana nak lawal makan kalau anda tak tahu keperluan kalori(DCR) seharian anda.Kenalpasti DCR anda

7. Diet jangka masa pendek
Bila dengar perkataan diet,ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short term tapi itu salah.Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa.Jadi pastikan anda mengamalkan diet utk sepanjang hayat

Credit to Kevin Zahri

Shaklee untuk ibu hamil

♥SET KEHAMILAN SHAKLEE : NUTRISI LENGKAP UNTUK IBU HAMIL♥

Ceria, aktif, sihat & gembira sepanjang hamil, pastikan anda lengkap dgn nutrisi utk tubuh badan bagi menampung keperluan anda ketika hamil.

♥SET HAMIL♥

✔Vitalea ( multivitamin)
✔B Complex (asid folik)
✔Vitamin C
✔Ostematrix (pil kalsium)
✔Omega
✔Dan boleh tambah dengan pengambilan ESP supaya ibu lebih bertenaga dan mengoptimum kan penyerapan vitamin.

Set hamil kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Sebab:

✔lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
✔tahan berbulan-bulan
✔boleh dimakan bersama ahli keluarga
✔harga yang sangat berbaloi
✔semulajadi (bukan sintetik)
✔tidak memberi sebarang kesan sampingan
✔bonus kesihatan dan kecantikan extra
✔juga sesuai dijadikan set berpantang
✔terbukti selamat dan berkesan

★ANTARA MANFAAT DALAM SET HAMIL UTK SETIAP VITAMIN★

♥Protein(Energy Soy Protein

✔membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

♥Multivitamin(Vita-lea)
✔Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

♥B Complex
✔Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

♥Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C)♥
✔Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita. 

♥Omega -3(Omega Guard♥
✔Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

♥Kalsium(Ostematrik♥
✔Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
✔Vitalea
✔B Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrik

Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
✔Vitalea
✔B-Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix
✔Omega Guard

Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.

Konsultansi percuma.
Hubungi 019-3190733 (murni)

'Penapis air shaklee : Mudah dan murah'

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Wednesday 5 February 2014

10 Fungsi dan khasiat ostematrix

10 Fungsi Dan Khasiat Ostematrix Shaklee

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.


10 fungsi & kebaikan ostematrix shaklee
============================
1. Menguatkan Tulang 

– Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2. Mencegah Obesiti 

- Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3. Melindungi Otot Jantung 

- Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4. Mengelakkan Kanser Kolon 

- Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5. Mencegah Blues Pra-haid 

- Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6. Mencegah Batu Karang 

– Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat 

- Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8. Kawalan Tekanan Darah 

- Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*

9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat 

- Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10. Membantu Pengangkutan Nutrien 

- Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.

Shaklee untuk diabetes

Kawal kencing manis  dan diabetes dengan shaklee

Menurut persatuan diabetes malaysia  sebanyak 1.2 juta rakyat menghadapi masalah kencing manis . Kencing manis boleh mengakibatkan :

1) penyakit jantung

2) penyakit buah pinggang

3) luka lambat sembuh dan 

4) ketidakupayaan fungsi saraf

Shaklee diabetes cara programme membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pesakit kencing manis sekaligus dapat menjadikan pesakit dapat mengawal kencing manis mereka ke tahap yg minimun.

Kebaikan shaklee diabetes cara programme adalah :

1)�� mengekalkan paras gula  normal dalam darah
2) ��menggalakkan kesihatan jantung
3) ��melegakan rasa kebas dan semut semutan
4) ��membantu dalam penyembuhan luka

Set shaklee diabetes cara programme terdiri drpd :

1) vita lea iron formula
- mengandungi 28 jenis multivitamin dan multi mineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum

2) zinc complex
- meningktkan sistem imum badan .membantu penyembuhan dan maslalah jeragat.kesihtan prostat .meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ

3) vitamin c
- anti-oksidan semulajadi yang berupaya mengekalkan integriti sel badan .menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sehat .

4) gla complex
- mengurangkan simptom seperti gatal , bengkak, mengelupas, kekeringan , dan simptom sakit sendi.berkesan untuk kemurungan .mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

5) energizing soy protein (esp)
- menbekalkan tenaga .menyuburkan kesihatan kulit , rambut, kuku dan otot.penting untuk kanak kanak , ibu menyusukan dan mereka yg sedang pulih dari sakit .

Tuesday 4 February 2014

Warna urin berubah lepas makan vitamin shaklee?

Warna Urin berubah lepas makan vitamin Shaklee

Info sharing : 

Ramai yang mengadu bahawa warna urin berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

• KUNING PUCAT - warna urin normal
• KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
• KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex
• KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
• OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
• KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor
• (UTI)KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
• KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome.

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Sunday 2 February 2014

Siapa yang tidak boleh ambil Vitalea?

♥ Hyperthyroid – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan??

♥ SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga Vitalea. Walaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.

♥ Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.

Saturday 1 February 2014

Kelebihan Vitalea Shaklee

Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

● 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
● 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
   tulang
● 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
● 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
● 3 kali lebih selenium untuk melindungi
   paru-paru, kolon dan prostat
● 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
   proses pembinaan tulang
● 6 kali lebih boron untuk menyokong
   kesihatan tulang
● 10 kali lebih Biotin yang menyokong
   proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.