Layanzzz...')

Sunday 29 September 2013

Shaklee untuk Rambut Gugur

Pengalaman sendiri..aku sempat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee yang dalam set tu ada Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan Zinc Complex. Apa kesan paling amazing yang aku nampak ialah rambut aku x gugur time dalam pantang..serius! dan pada masa tu aku amalkan ESP shaklee jugak. Alhamdulillah..mmg sgt berbaloi !


Sedutan dari rancangan Breakfast Show di NTV7. Salah satu slot bertajuk "Dealing with Hair Loss". Beberapa intipati dari rancangan itu :

1. Keguguran rambut berpunca daripada gaya hidup kita hari ini yang sibuk bekerja, gaya pemakanan yang tidak sihat, serta tubuh badan yang stress.

2. Masalah keguguran rambut adalah normal selepas bersalin kerana perubahan hormon secara drastik.

3. Pengambilan nutrisi yang betul dapat mengurangkan masalah keguguran rambut. Pakar Nutrisi yang dijemput juga mencadangkan pengambilan multivitamin, protein dan juga zink.

Memang pening melihat rambut berguguran di lantai. Lagi satu dalam bilik air, rasa takut bila tengok rambut di mana2. Berdasarkan saranan pakar nutrisi tersebut, bolehlah kita amalkan Shaklee Vita-Lea, ESP dan Zinc Complex. Vita-Lea mampu membantu melengkapkan kekurangan nutrisi harian, manakala ESP akan membantu penyerapan vitamin2 di samping ESP sangat bagus dalam membina sel2 baru dalam badan. Zinc Complex pula berperanan dalam meminimumkan keguguran rambut dan menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur. InsyaAllah, atas doa dan usaha, keguguran rambut akan berkurangan.

Testimoni :


Untuk Info & Tempahan,
Murni
Shaklee ID: 910014
Emel: mamasyifa2010@gmail.com
SMS: 019-3190733

Shaklee untuk Ekzema

Entry kali ni ku coretkan pada pukul 01:10 pagi..time orang sedap tidooo....;) aku sedap menaip..anak x kacau..hehe..

Nak cite pasal Ekzema la..sian tengok kanak-kanak especially yang ada penyakit Ekzema..
Apa itu Ekzema?

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.



Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut,. 

Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkan ekzema.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Jom kita baca cara merawat ekzema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur.

1. Bayi berumur kurang 1 tahun

Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.

Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend  Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.

Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

2. Kanak-kanak 1 tahun ke atas

Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema.
Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit  danmengurangkan kegatalan.

Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut

Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.

3. Remaja dan dewasa
Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.

Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema

Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.

ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.

Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.

Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.

Tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Saya akan mencadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. Tapi alangkah bagusnya jika anda dapat mengamalkan semua produk vitamin ni. Maka dapatlah merawat ekzema dan sakit kulit ini dengan lebih optimum.

Ingin tahu lebih lanjut?

Whatsapp : 0193190733 (murni)
 

Shaklee untuk Resdung

Resdung Oh resdung..! Aku sendiri dulu mmg ada resdung yang kuat jugakla....sebab tu muka calar balar..banyak bekas2 jerawat, jerawat tumbuh sana sini...TAPI sejak amalkan set hamil shaklee (kebetulan dalam set ni ade vitamin C dan B-complex ), aku perasan yang mukaku ni makin hilang kesan parut-parut jerawat tu..amazing!

Apa itu RESDUNG

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


 TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

ALAHAN

 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan.

PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)

  Jika kawan-kawan  ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex


Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut :

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

Testimoni :



Terujakan?
Jom selesaikan masalah resdung anda!
Whatsapp : 019-3190733 (murni)

Monday 23 September 2013

Air Masak - Mengapa perlu 8 gelas sehari?

Selalunya kite dinasihatkan meminum air masak 8 gelas sehari atau 2-3 liter sehari..ape sebabnya ye?


Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar! Wah..banyaknya!

Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaanya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice. 

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis!
Sekian ! ;)

Sunday 8 September 2013

Gentle Deep Foaming Cleanser


  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
* Sebotol tahan sehingga 9 bulan , hanya pakai sehari 2 kali sahaja.
* Dapatkan dengan harga mampu milik

Whatsapp : 019-3190733 (Murni)