Layanzzz...')

Monday 24 June 2013

Jerebu menyerang!


Salam..selamat pagi semua..aku nak ucap takziah kepada kawan2 & sedara maraku kat semenanjung..sian tengok indeks IPU jerebu di semenanjung makin teruk & dah pun berada pada tahap bahaya. Kami di sarawak cuaca masih oke & kena bersiap sedia.


Tips menghadapi jerebu
  • Kurangkan aktiviti luar rumah
  • Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut
  • Gunakan penghawa dingin ketika memandu
  • Banyakkan minum air kosong
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar
  • Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu
  • Mengamalkan supplement untuk menguatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit
 Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua.
  • Perokok.
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.
  • Asma.
  • Bronkitis.
  • Radang paru-paru.
  • Penyakit paru-paru yang kronik.
  • Penyakit jantung.
  • Alahan.
 Kesan dan Simtom Akibat Jerebu:
  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
  • Sukar bernafas atau sesak nafas.
  • Mata pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Sakit-sakit dada.
Supplement yang dicadangkan untuk menguatkan sistem imun
** Nutriferon 


Apa gunanya Nutriferon ni?


1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari. 
Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sist. Imun tubuh.

2. Melindungi dari influenza. 
Melindungi dengan berkesan drpd virus, micro termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

3. Meringankan stress dan kelesuan.
Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.


 ** Mealshake


Apa kebaikan Melashake ni? 
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa


Oke...itu 2 suplimen yg Shaklee syorkan utk menghadapi jerebu..Insya'allah..sama2 kite doakan supaya jerebu yang melanda cepat2 surut..ameen ;)
Hubungi : murni (019-3190733)

5 Makanan Banyakkan Susu

 ➊ Daun Alfalfa
Kalau di pasaraya ada dijual Alfalfa sprout. Dalam set penyusuan Shaklee pula ada tablet Alfalfa, lebih senang untuk ditelan atau dikunyah ------>> KLIK SINI


 ➋ Halba/fenugreek
Halba biasanya digunakan dalam masakan.

➌ Kurma
Kurma membekalkan kalori untuk ibu menyusu. Rendam kurma semalaman dalam air susu, dan blend esoknya bersama air susu. Sedap di minum sejuk

   

 ➍ Susu
Susu mengandungi kalsium. Kalsium merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Shaklee turut menawarkan supplement calcium, iaitu Ostematrix untuk memastikan ibu menyusu betul –betul mendapat jumlah kalsium yang diperlukan untuk hasilkan susu



➎ Tempe
Tempe mengandungi protein yang tinggi. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Shaklee turut menawarkan ESP sebagai sumber protein yang bebas lemak dan bebas kolesterol untuk bantu pekatkan susu dan merangsang penghasilan susu yang banyak...------->> KLIK SINI

Walau bagaimanapun, asas penyusuan seperti kerap perah/ pam susu tetap tak boleh ditinggalkan. Kalau asas penyusuan tak di buat, makan lah banyak mana pun supplement, susu tetap tak akan banyak.

Happy Breastfeeding! (っ◔◡◔)っ




Tips : Mudah bersalin normal



Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan, berfikiran positif.

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat Al-Quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 


Untuk pastikan ibu bertenaga semasa ingin bersalin, pastikan ibu dapat nutrisi makanan secukupnya sama ada dengan pengambilan makanan yg bernutrisi atau dengan pengambilan suplimen yg memberi zat kepada badan ibu --------->> SET KEHAMILAN SHAKLEE

Selamat mencuba!

20 Tips kurus mudah & berkesan



1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stress, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15. Jadikan senama atau aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Ambil suplimen yang bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah makin memberikan kesihatan yang baik pada tubuh badan anda ------->>> SET SLIMMING SHAKLEE
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
Selamat Mencuba!!!

Sunday 23 June 2013

Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin

SUSU IBU :
Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja selepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

BERBENGKUNG :
Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : 
Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

KAWALAN PEMAKANAN :
Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL :
Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik

BETULKAN POSTUR TUBUH :
Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

DETOKSIFIKASI :
Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

Bagaimana supplemen Shaklee membantu?

Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja - ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah supplemen tersebut?
  • Herbalax : membantu proses detoksifikasi, membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. 
  • Lecithin : diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
  • Alfalfa Complex : Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang telah dipecahkan. Juga membantu memecahkan angin dalam badan.
  • Cinch Shake Mix : Minuman protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak berlebihan.


Apa kata mereka yang dah cuba?

" ....mula-mula i tak perasan tau. Lepas 2 minggu perut i dah kempis sikit. Then lengan ni pun dah kecik sikit. U bayangkan perut i ni lepas bersalin anak bongsu 12 tahun lepas, ni baru kempis ."

- PN. NURA, 40-an

Creit to blog : bigsmilezone
Nak kurus? Info lanjut disini ---->> SET SLIMMING SHAKLEE

Tak percaya? Cubalah, baru tahu...
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk ini!

I'm Murni , your Shaklee Independent Distributor
ID 910014
019-3190733








9 Sebab hati tidak tenang





Antara sifat mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil- kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. Orang tamak selalu rugi.

** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia
tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH.



Thursday 20 June 2013

Beza Ubat & Suplimen

" Kak, xde ape effect ke makan ubat ni? "

Itu soalan yg biasa customer tanye saya..

" saya jawab...Shaklee ni bukan ubat, Shaklee ni suplimen..suplimen ni kalau kite makan, kite lagi byk dapat effect positif, makan suplimen utk kurus, tetibe bonus dapat kulit cantik & badan bertenaga..

bukan mcm kite telan ubat, ubat ni diperbuat dari dadah (drugs) , suplimen pulak diperbuat dari vitamin/protein/mineral yg dah sah2 diperlukan oleh badan kite..org sakit baru makan ubat, suplimen ni kene makan utk elak sakit, utk jaga kesihatan...

" so org x sakit pun kene ambil suplimen ye kak ? "

" yup la..utk jaga kesihatan sebelum kite sakit "

Pengamal tegar suplimen Tun Dr Mahathir tu, tengok sihat tubuh badan & tajam pemikiran walaupun dah berusia 80-an..Prof Dr. Muhaya pun sgt galakkan kite ambil suplimen utk jaga kesihatan & kecantikan kite..

so MESTI faham..ubat X SAMA dengan suplimen..

& kalau nak pilih suplimen, kena pilih yg terhasil dari bahan organik, yg semulajadi..jgn pilih yg sintetik (yg dah campur bahan kimia bagai)..

faham x? ;)
 
Ramai yang tak faham, even pharmacyst pun (sorry to say tapi it’s reality sebab dapat pengakuan dari pharmacyst sendiri), iaitu perbezaan antara ubat dan supplement. Orang dok ingat ubat = supplement. Yelah, mungkin sebab datang dalam bentuk yang sama –> pil. Tapi hakikatnya memang tak sama dan takkan sama.

Saya petik dari website BabyFit untuk menunjukkan perbezaannya:
  • Check with your doctor and your baby’s pediatrician before taking any medications.
  • Do not take recreational drugs.
  • Take a vitamin-mineral supplement especially formulated for pregnant and breastfeeding mothers.
Perhatikan perbezaan antara 3 jenis benda tu.

MEDICATION (ubat) – check dengan doktor.  
DRUGS (dadah @ ubat penenang, etc) – Jangan ambil.  
SUPPLEMENT (vitamin/mineral) – Ambil.

Apakah yang membezakan antara mereka ni?
Yang paling jelas ialah, supplement ialah KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik.

Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata, kalau tak sakit, kita tak ambil ubat. Kalau tak sakit tapi gatal nak ambil ubat, boleh jadi berpenyakit pula.

Berbeza dengan suplement (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling tak pun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

Boleh baca di sini http://vitaminsemulajadi.com/beza-antara-industri-medikal-dengan-industri-nutritional
 
Adakah suplemen boleh memberi kesan kepada kesihatan? YA, sekiranya suplement yang anda ambik tu dari jenis SINTETIK. Ataupun ada je yang claim SUPLEMENT tapi sebenarnya ditambah DADAH dan HORMON PERANGSANG seperti steroid dan sebagainya. Benda-benda ni akan mendatangkan kesan jangka panjang.

Jadi, pilihlah supplement yang dibuat dari bahan semulajadi dan proses semulajadi juga. Ada juga suplemen yang dibuat dari bahan semulajadi tapi menjalani proses kimia.

Perlukah suplemen?

Tepuk dada tanyalah apa yang kita makan. Piramid terbalik? Fast food?
Membetulkan piramid makanan itu sangat bagus, dan lebih bagus lagi dengan penambahbaikan dengan supplement. Sebab yang merosakkan badan kita bukan makanan saja.. persekitaran misalnya pencemaran udara, gaya hidup yang stress dan sebagainya.

Cuba kira dalam sehari berapa kali kita tak terdedah kepada asap rokok? Walaupun kita tak merokok tapi perokok sekunder pun sama je kesannya macam perokok. Kalau tak pun, asap kenderaan, radiasi dan sebagainya.

Jadi, sebelum kita kena ambil macam2 jenis ubat (selepas kena macam2 jenis penyakit), tiada salahnya untuk menjaga kesihatan dengan vitamin dan mineral yang betul untuk kesihatan. Tun Mahathir adalah pengamal suplemen, bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan buah pemikiran) dengan atuk kita yang seusia dengannya (yang tak ambil suplemen). Jelas kan?

credit to :  http://mysuperkids.net

I'm murni, ur shaklee independent distributor (ID 910014)
019-3190733